Statistik Prasekolah di Malaysia

Peratus enrolmen prasekolah Malaysia 4+ dan 5+ (awam dan swasta) tahun 2016 hingga 2021[11].

Menurut Laporan Tahunan 2014 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, terdapat pertambahan sebanyak 1,273 buah kelas prasekolah dari tahun sebelumnya, di mana jumlah keseluruhan kelas prasekolah sebanyak 42,866 buah di seluruh Malaysia[12]. Antara inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia dalam meningkatkan bilangan kelas prasekolah adalah menawarkan geran kepada pihak swasta, sebagai pemangkin untuk membuka lebih banyak pusat prasekolah, termasuklah untuk kanak-kanak berkeperluan khas. Hasil dari inisiatif ini, terdapat 735 buah pusat prasekolah baru ditubuhkan[12].

Pada tahun 2021, sebanyak 83.65% enrolmen murid-murid berumur lebih dari lima tahun dan 68.45% enrolment murid-murid berumur empat tahun ke program prasekolah awam dan swasta dicatatkan[11]. Peratusan ini menurun berbanding 90.18% enrolment murid-murid berumur lima tahun dicatatkan pada tahun 2020[11]. Pengurangan ini adalah disebabkan impak daripada pandemik COVID-19 yang memberi kesan yang ketara ke atas pengoperasian prasekolah dan pengambilan murid-murid[13][14].